UNIVERSITI UTARA MALAYSIA - Universiti Pilihan Pertama

MySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace Layouts

Pengikut

SELAMAT DATANG KE BLOG KUMPULAN 20 - GROUP BUDAK NAKAL

Isnin, 23 Ogos 2010

Gejala Sosial : Rempit

ditulis oleh :SAIFUL

Mat rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram,biasanya dengan menggunakan motor kapcai,skuter dan lain-lain.Isu rempit kembali hangat di perkatakan sama ada melalui media massa atau media cetak.Walaupun kebanyakan Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.Mereka akan menunggang dengan tahap maksima supaya dapat mencapai tahap kepuasan diri mereka,ada juga sesetengah mereka menunggang secara berbahaya dengan melakukan aksi-aksi seperti gaya superman,berdiri atas motorsikal dan lain-lain.Mat rempit bukan setakat merempit malah mereka juga turut terlibat dengan kagiatan jenayah seperti kaki pukul,kaki mabuk,rogol,kecurian,malah ada juga sanggup membunuh.Faktor-faktor gejala sosial ini perlu di kenal pasti dan langkah-langkah penyelesaian perlu diambil dengan segera.



Antara faktor yang menyebabkan hal ini berlaku ialah kurang didikan dari ibu bapa . Kurang kasih sayang dan perhatian turut mempengaruhi tindakan serta sikap remaja tersebut.Kurangnya kasih sayang dan perhatian dari penjaga mereka contohnya sikap ibu bapa yang lebih mengutamakan perkerjaan mereka daripada keluarga.Hal ini demikian anak-anak mereka tiada tempat untuk mengadu masalah yang di hadapi oleh mereka.Apabila keadaan ini berlaku,mereka akan mencari jalan yang mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut,contonya mencari hiburan di luar rumah.Keadaan ini juga menyebabkan mereka berasa diri mereka bebas dari ibu bapa mereka kerana ibu bapa mereka sibuk dengan kerja-kerja dan tidak mengambil tahu tentang keadaan mereka.Mereka akan mengatur urusan seharian mereka dengan sendiri contoh keluar malam dengan pergi ke tempat hiburan yang ada di Bandar-bandar.



Selain daripada itu, mereka juga mudah terpengaruh dengan ajakan daripada kawan-kawan seusia mereka.Pengaruh rakan sebaya juga banyak memainkan peranan dalam mempengaruhi perilaku remaja tersebut.Kebanyakan mereka mudah terikut-ikut deangan apa yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka tanpa memikirkan apa risiko yang bakal mereka dapat. Perkara yang mungkin mereka lakukan ialah merokok, menagih dadah, dan merempit.Oleh sebab itu jika remaja tersebut silap memilih rakan ianya akan mendatangkan padah kepada remaja tersebut kerana sering mengikut telunjuk rakan mereka.Faktor ini memainkan peranan yang penting kepada berlakunya kegiatan merempit.



Faktor yang terakhir menyebabkan gejala ini berlaku ialah ganjaran.kebanyakan mat rempit masih lagi bersekolah dan tidak bekerja.Apabila wujud ganjaran mereka akan berusaha mendapatkan ganjaran tersebut.Pelbagai cara untuk mendapatkan hadiah tersebut seperti mengubahsuai motosikal mereka dengan menukarkan alat-alat dalam jentera mereka.Ada juga mereka sanggup mencuri motosikal orang lain semata-mata untuk memenuhi keinginan mereka.Ganjaran dalam sebuah perlumbaan ialah mendapat barangan ganti,wang,dan gadis bohsia.Apabila wujud ganjaran remaja mudah atau berkeinginan untuk mendapatkan walaupun perbuatan mereka lakukan adalah salah di sisi undang-undang.

Gejala merempit dalam kalangan remaja ini perlu di atasi dengan peranan dan tanggungjawab ibu bapa.Tanggungjawab ibu bapa adalah penting untuk mengatasi hal ini berlaku kerana ibu bapa adalah orang paling rapat dengan anak mereka.Ibu bapa seharusnya menyedari bahawa kasih sayang dan perhatian yang secukupnya perlu di berikan kepada anak-anak mereka.Contohnya berbincang masalah dengan anak mereka,meluangkan masa bersama dan mengambil tahu dengan siapa anak mereka keluar dan berkawan.Dengan hal yang demikian mereka akan merasai diri mereka dikasihi dan di hargai oleh ibu bapa.Ibu bapa juga perlu sentiasa menanyakan masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut bersama dengan anak mereka.

Penguatkuasaan undang-undang dengan lebih efektif juga dapat mengatasi gejala merempit dalam kalangan remaja.Penguatkuasaan undang-undang yang tegas seperti mengenakan saman atau denda kepada remaja yang melakukan kesalahan di jalan raya contohnya tidak mempunyai lesen memandu dan mengenakan kompaun dari RM300 kepada RM1000 agar mereka takut dengan tindakan tersebut.Hal ini demikian menyebabkan mereka akan mudah di bebani oleh kompaun tersebut kerana mereka masih bersekolah dan tidak mampu membayar denda tersebut.selain itu juga menaikkan umur pengambilan lesen memandu daripada umur 16 tahun kepada 18 tahun.Jika mereka ingin menunggang motorsikal di jalan raya mereka tidak berani kerana masih belum mencapai umur yang di tetapkan.pengutkuasaan undang-undang ini mampu mengurangkan gejala rempit ini.

Kesimpulannya,semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar gejala ini dapat di atasi.Pihak swasta juga di harapkan dapat membantu kerajaan dan sama-sama mencari jalan penyelesaian membendung gejala ini agar tidak terus menular dalam kalangan remaja.Kita seharusnya mendekati mereka agar mereka merasakan diri mereka di hargai dan tidak tersisih daripada masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan