ditulis oleh :HAIRUL HAFIZ
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud tanda-tanda akan terjadinya sesuatu, alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala petanda yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal istilah perubatan.Manakala maksud bohsia pula ialah gelaran yang diberikan kepada perempuan yang suka berpeleseran,berfoya-foya,melepak,dan sering terlibat dalam kegiatan maksiat dan gejala bohsia merujuk kepada hubungan seks secara rambang.Selain itu istilah pula bohsia berasal daripada bahasa Hokkien yang beerti “senyap, sunyi dan diam-diam”. Apa yang dimaksudkan ialah ada orang tetapi tidak bercakap. Dari segi istilah pula bermaksud satu kegiatan di mana ada sekumpulan orang wanita muda yang berusia muda berada di tempat sunyi dan gelap.
Pelbagai faktor-faktor berlakunya gejala bohsia,antaranya ialah pengaruh media massa.Media massa memberi peluang yang terlalu bebas dan luas kepada unsur-unsur maksiat dengan mencetuskan dorongan dan contoh teladan yang negatif yang boleh meruntuhkan anak-anak muda.Kebanyakan media elektronik seumpamanya banyak menayangkan tayangan yang berbentuk lucah seperti bercumbu-cumbuan,berpelukan dan sebagainya yang boleh mempengaruhi kehidupan remaja ke arah perkara yang negatif.Banyak remaja terikut-ikut akan budaya Barat tersebut.Disamping itu,penyebaran meluas bagi filem,video menerusi CD dan bahan bacaan lucah banyak mempengaruhi kegiatan bohsia.Novel lucah dan majalah pornografi dari Barat banyak dijual di kedai buku.Video dan CD lucah pula senang didapati di pusat video dan pasar-pasar malam.Kegiatan jual CD,DVD lucah semakin berleluasa. Majalah dan akhbar tempatan juga sering menyiarkan gambar perempuan seksi menghiasi halamannya.Selain itu,media elektronik juga sering menyiarkan filem Barat yang berunsur lucah dan terlepas untuk memotong adegan tersebut.
Selain faktor itu,faktor lain pula ialah mengikut nafsu.Memang kita tidak dapat menafikan bahawa golongan remaja adalah golongan yang paling mudah terpengaruh dan sering terdedah kepada aktiviti-aktiviti yang kurang sihat.Hal ini demikian kerana,jiwa remaja tersebut sering memberontak dan sentiasa ingin melakukan sesuatu yang baru tanpa mengira sama ada haram atau halal yang boleh merosakkan peribadi dan akhlak mereka.Remaja yang terjerumus menjadi bohsia adalah disebabkan terlalu mengikut kehendak nalurinya yang mahukan kebebasan.Mereka mahu bebas daripada segala kongkongan seperti institusi persekolah,keluarga hinggalah kepada agama yang dianuti.Fenomena bohsia bukan sahaja menbabtikan hubungan seks atau dasar suka sama suka sahaja sebaliknya telah melepasi batas itu.Perbuatan tersebut akan mengakibatkan mereka hamil dan melahirkan anak luar nikah.Mereka terpaksa menempuh risiko daripada sikap mereka lantaran sikap cuai mereka sendiri yang senang menerima pelawaan orang yang dikenali ataupun yang tidak dikenali.
Faktor seterusnya pula ialah pelacuran dan dadah.Pergaulan yang bebas ini juga mengakibatkan keterlibatan mereka dalam dadah dan pelacuran.Semuanya boleh berlaku kerana gadis-gadis bohsia ini boleh menjadi alat kepada sindiket haram yang melakukan penjualan dadah dan pelacur.Sebahagian besar mereka terjebak dalam kancah pelacuran disebabkan oleh “bapa ayam” yang menjanjikan kemudahan pekerjaan kepada mereka,tetapi sebaliknya bapa ayam tersebut menjadikan mereka sebagai pelacur di hotel-hotel mewah dan rumah-rumah persendirian.Di samping itu itu,gadis-gadis yang terlibat dengan pelacuran ini mahukan kemewahan.Maka mereka mencari jalan yang mudah dengan mengikut sesiapa sahaja yang mengajak mereka berpeleseran.Apatah lagi lelaki yang mempunyai kenderaan dan wang,sudah pasti menyenangkan hati mereka kerana segala yang diperlukan oleh mereka akan dipenuhi oleh lelaki tersebut.
Pelbagai cara untuk mengatasi berlakunya gejala bohsia ini.Antara caranya ialah peranan sahabat,keluarga dan masyarakat.Mereka hendaklah mendampingi remaja bohsia seperti berbual-bial bertanyakan masalah yang mereka hadapi dan beri perhatian kepada keterangan mereka.Jangan sesekali menghina mereka setelah mengetahui cerita sebenar kenapa mereka terlibat menjadi bohsia agar mereka tidak terus hanyut dalam kancah kemaksiatan.Oleh itu,kita seharusnya menasihati dengan cara psikologi,penuh kebijaksanaan,lemah lembut dan berhikmah.Selain itu,berbincanglah dengan mereka dengan cara yang paling baik.Apabila ada reaksi positif mereka mahu berubah,dakwahkan mereka dengan cara beransur-ansur.Kita semua berperanan penting member kesedaran kepada mereka dengan cara penerepana nila-nilai murni.Apabila masyarakat mengambil berat tentang mereka,mereka akan berasa diri mereka dihargai. Kita seharusnya tidak boleh memaksa mereka berubah secara drastic kerana ia akan member kesan yang negatif.Oleh itu,amalan saling menolong sama ada dalam aspek ilmu atau material seperti membantu meringankan tekanan perasaan mereka apabila diperlukan.
Seterusnya,cara yang lain ialah peranan kerajaan.Akta sosial juga mestilah dikenakan kepada unsur atau subjek yang banyak mempengaruhi remaja menjadi bohsia.Akta Perlindungan Gadis dan Wanita dikenakan kepada gadis remaja bawah umur yang terbabit dalam kegiatan maksiat atau pelacuran.Akta juga mesti dikenakan kepada pasangan atau pelanggan mereka yang biasanya terdiri daripada bohjan,sugar daddy,mat rock,mat motor yang selama ini terlepas begitu sahaja.Tanggungjawab membanteras maksiat bukan hanya kepada para pendakwah atau alim ulama.Oleh itu,tindakan undang-undang juga hendaklah tidak terbatas ke atas gadis bohsia sahaja malah ia perlu merangkumi semua golongan termasuk orang yang berpangkat dan berharta.
Disamping itu,menanamkan pendidikan Islam ke atas diri setiap remaja dapat mengurangkan berlakunya gejala bohsia.Selain pendidikan berbentuk formal seperti di sekolah,pendidkan secara tidak formal juga mesti diutamakan agar tahap kemantapan minda mereka berjalan seiiring dengan perubahan masa,suasana dan tempat.Pendidikan agama merupakan tunjang kehidupan yang menentukan matlamat kehidupan seseroang.Seseorang itu hendaklah didedahkan dengan pendidikan agama sejak kecil lagi.Ibu bapa hendaklah bijak dalam membentuk peribadi anak mereka terutama anak remaja yang mudah teprengaruh dengan suasana sekililing.Anak yang sentiasa didedahkan dengan pendidikan agama akan lebih berhati-hati dalam mengorak langkah kehidupan.
Kesimpulannya,punca-punca gejala bohsia banyak berkait rapat dengan perkara-perkara dan pengaruh-pengaruh negatif yang menular ke dalam masyarakat kita.Oleh hal yang demikian,pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan penting dalam membanteras gejala bohsia ini untuk mengurangkan kadar sosial bohsia ini. Usaha kerajaan utk membendung masalah ini akn berjaya jika masyarakat memberikan sokongan yg padu.Selain itu,orang ramai juga patut memainkan peranan dalam membanteras gejala ini agar tidak terus meresap ke dalam maysarakat kita.Kerjasama semua pihak amatlah penting untuk mengurangkan gejala bohsia ini dan sekali gus melahirkan masyarakat yang hidup sejahtera tanpa sebarang masalah-masalah sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan