UNIVERSITI UTARA MALAYSIA - Universiti Pilihan Pertama

MySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace Layouts

Pengikut

SELAMAT DATANG KE BLOG KUMPULAN 20 - GROUP BUDAK NAKAL

Isnin, 23 Ogos 2010

Gejala Sosial : Sumbang Mahram

ditulis oleh :Suhana

Mengikut pengertian kamus dewan,perkataan ‘sumbang’ membawa erti tidak mematuhi adat,melanggar adat dan tidak sopan iaitu meliputi kebiasaan,kesopanan dan lain-lain.Manakala perkataan ‘mahram’ pula merupakan variasi kepada perkataan ‘muhrim’ yang membawa erti lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin menurut agama islam.Dan sumbang mahram juga boleh di ertikan sebagai perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah/ nasab (keturunan) dengan mangsa contohnya ayah merogol anak, datuk merogol cucu, abang merogol adik dan sebagainya.




Kini,fenomena sumbang mahram boleh dikatakan sebagai satu fenomena yang semakin serius di Malaysia.Berita mengenai sumbang mahram acapkali menghiasi dada akhbar dan ini menggambarkan betapa seriusnya gejala sosial sumbang mahram di Negara ini.Persoalannya,apakah faktor-faktor yang mendorong berlakunya sumbang mahram? Dan apakah langkah – langkah untuk mengatasi gejala sosial sumbang mahram ini daripada terus meningkat? Terdapat dua faktor utama yang mendorong kepada berlakunya kejadian sumbang mahram iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.Kedua-dua faktor ini saling berkait antara satu sama lain.Faktor dalaman ialah keinginan seks yang tak tercapai dengan pasangannya,pengetahuan agama yang cetek,kelemahan iman dalam diri individu,tidak mengamalkan kehidupan yang di anjurkan oleh islam dan sebagainya.Manakala faktor luaran pula ialah tahap ekonomi yang rendah,keadaan rumah yang sempit,keruntuhan institusi keluarga dan sebagainya.

Faktor dalaman yang menjadi pendorong kepada terjadinya sumbang mahram ialah keinginan seks yang tak tercapai dengan pasangannya.Kegagalan isteri memuaskan keperluan suami samaada daripada segi zahir dan batin menjadi punca berlakunya sumbang mahram.Ini mendorong suami menggunakan anak untuk memuaskan keperluan tersebut.Kebanyakan isteri mengetahui perlakuan sumbang mahram itu adalah salah, akan tetapi mereka merelakan perlakuan suami atas sebab takut kehilangan suami.Mereka juga merelakan suami melakukan perkara tersebut daripada membenarkan suami mencari kepuasan di luar agar rahsia kelemahan dan kegagalan mereka dalam hubungan suami isteri diketahui oleh masyarakat umum.

Selain itu, faktor dalaman yang seterusnya ialah kelemahan iman dalam diri individu.Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram mengetahui dosa tersebut.Akan tetapi, mereka tetap melakukan perbuatan sumbang mahram kerana kelemahan iman dalam diri serta keinginan seks yang tinggi sebagai contoh kejadian sumbang mahram bapa merogol anak.Dalam konteks agama islam, anak-anak merupakan satu anugerah yang patut dijaga bagai menatang minyak yang penuh dan mendidik mereka supaya menjadi individu yang berguna dan berbakti kepada ibu bapa. Bapa seperti ini di anggap haruan makan anak apabila mereka sanggup menodai anak sendiri untuk memuaskan nafsu mereka.Faktor inilah yang mendorong berlakunya sumbang mahram.

Seterusnya,faktor luaran seperti tahap ekonomi yang rendah dan keadaan rumah yang sempit mendorong berlakunya sumbang mahram.Tahap ekonomi yang rendah menyebabkan ketua keluarga tidak mampu menyediakan keperluan asas yang cukup untuk keluarga.Ruang dan keadaan rumah yang sempit menyebabkan mereka tidur dalam keadaan terhimpit antara satu sama lain dan tidak ada tirai atau penghadang di antara ibu bapa dan anak-anak.Ini menyebabkan tiada sempadan di antara mereka.Keadaan sedemikian mendorong berlakunya sumbang mahram antara ayah dan anak,abang dan adik serta sebagainya.

Faktor luaran yang seterusnya ialah kurang kawalan dan pemantauan ibu bapa di dalam dan di luar rumah.Situasi ini menyebabkan anak-anak khasnya remaja akan melibatkan diri secara langsung atau tak langsung dalam kegiatan sumbang mahram.Ini ekoran daripada kurangnya pengetahuan agama dalam diri.Selain itu,ada juga keadaan di mana si ibu sedar tentang apa yang terjadi tetapi tidak berjaya untuk mencegahnya kerana sebab-sebabnya yang tersendiri seperti takutkan suami atau sedar tentang kesilapan dirinya yang telah mengabaikan keperluan suami dan anak-anak.Maka,sumbang mahram semakin meningkat dari masa ke masa.

Terdapat berbagai-bagai kesan yang timbul akibat dari perbuatan sumbang mahram.Salah satunya ialah kesan terhadap mangsa.Terdapat kesan-kesan fizikal yang terdapat pada mangsa sumbang mahram iaitu kecederaan badan akibat di kasari,jangkitan penyakit kelamin dan sebagainya.Mangsa akan berasa tertekan dan berkelakuan yang terlalu kebudak-budakan serta mutu pelajaran merosot.Seandainya tidak ditangani dengan sempurna,kesan dari kejadian tadi akan terbawa-bawa hingga ke peringkat yang tak dapat dikawal lagi.Namun,kadangkala mangsa mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri dan mengalami gangguan makan dan tidur kerana cenderung menyeksa dirinya sendiri.

Kejadian sumbang mahram juga boleh memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat,antaranya ialah menjejaskan imej masyarakat Islam,melambatkan proses pembentukan keluarga dan masyarakat,merenggangkan hubungan masyarakat dan sebagainya.Akibatnya hubungan antara masyarakat akan menjadi renggang.

Untuk menangani masalah sumbang mahram ini daripada terus meningkat,pelbagai langkah perlulah diambil antaranya ialah meluangkan masa bersama anak-anak dan mengawasi mereka,memberikan kemahiran keibubapaan yang secukupnya untuk pasangan suami isteri,mengenali batas perhubungan di antara lelaki dan perempuan dan lain-lain.Mengetahui batas-batas perhubungan diantara ahli keluarga atau sesiapa sahaja akan dapat mencegah diri daripada melakukan sumbang mahram.

Masalah sumbang mahram juga dapat diatasi melalui akta dan peruntukan undang-undang mengikut bentuk-bentuk objektif Teori-teori Hukuman seperti Seksyen 375 dan 376 iaitu dari hal rogol dan kesalahan-kesalahan luar tabii iaitu keseksaan kerana merogol hukumannya adalah penjara selama tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun dan sebatan.Manakala Seksyen 376A dari hal melakukan sumbang mahram iaitu keseksaan kerana melakukan sumbang mahram hukumannya penjara minimum 6 tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan minimum 6 sehingga 24 sebatan.

Tuntasnya,sumbang mahram adalah petanda penyakit masyarakat yang pudar dan rapuh akhlaknya.Ia adalah kesan kehidupan yang jauh menyimpang daripada nilai-nilai ketuhanan dan cara hidup yang sebenar.Oleh itu,sama-samalah kita memantapkan lagi ilmu dan keimanan dalam diri agar tidak tergelincir dari landasan hidup yang sebenar.

Gejala Sosial : Penyalahgunaan Dadah

ditulis oleh :SALMIZA BT SHAARI

Mengikut kamus dewan, dadah boleh diertikan sebagai ubat-ubatan. Mengikut pendapat lain, dadah adalah sejenis bahan atau campuran bahan kimia psikoaktif yang digunakan bukan untuk tujuan perubatan adalah dilarang. Pengambilan secara haram meninggalkan kesan ketagihan dan menyebabkan perubahan yang buruk dalam fungsi atau struktur fisiologi organisma. Kimia psikoaktif ini mempunyai kesan yang amat ketara ke atas sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang. Dadah ialah bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri ketagihan iaitu pada penggunaan untuk diri sendiri sama ada ditelan, dikunyah, dihidu, dihisap, atau disuntik.



Gejala sosial dadah semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia kini. Faktor mendorong berlakunya gejala ini kerana sikap ibu bapa yang mementingkan kerjaya. Hal ini menyababkan anak-anak merasa kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Hal ini mempengaruhi gejala ini terus menular dalam kalangan remaja. Dalam era globalisasi ini, ibu bapa lebih mementingkan kerjaya mereka sehingga alpa akan tanggungjawab mendidik anak-anak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang mereka. Rakan sebaya turut memainkan peranan penting dalam penglibatan remaja dalam gejala dadah. Remaja sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang sanggup mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibu bapa yang gagal mejalankan tanggungjawab mereka. Jadi, rakan sebaya yang negatif akan mempengaruhi sikap remaja terbabit. Kemunculan media massa turut mendorong gejala ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan menimbulkan rasa untuk mencuba dalam hati remaja. Kebanyakan gejala ini dikatakan satu cubaan meniru artis pujaan mereka yang berlakon dalam drama atau filem. Jadi,sikap ingin mencuba dalam diri remaja tanpa memikirkan baik buruk akibat tindakan yang diambil menyebabkan gejala penyalahgunaan dadah ini semakin berleluasa.





Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan menjejaskan kebersihan dan kesihatan diri. Seseorang penagih dadah akan kelihatan tidak bermaya, pucat, dan akan kehilangan berat badan kerana mereka yang menggunakan dadah tidak akan menghiraukan kebersihan dan pemakanan yang teratur. Contohnya, bagi mereka yang ketagih amfetamin yang berterusan tidak mengambil makanan dan sentiasa bergerak. Meraka biasanya akan keletihan dan mungkin boleh jatuh pengsan kerana kekurangan tenaga. Kesihatan mental penagih juga akan terjejas kerana pengambilan dadah telah merosakkan sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang. Penggunaan dadah halusinogen seperti mescaline memberi kesan ganjil kepada pengguna seperti perubahan imej tubuh, merasa diri besar, dan melayang-layang, boleh terbang, rasa tenang, riang dan menyebabkan lebih bergantung kepada dadah. Dadah ini mampu mengubah pandangan mata dan menyebabkan ilusi sehingga amat susah untuk membezakan yang benar dan sebaliknya.

Selain itu, penyalahgunaan dadah juga menjejaskan pretasi pelajaran remaja. Dadah perangsang selalunya diambil oleh pelajar supaya mereka dapat belajar dengan tekun kerana dadah jenis ini menyebabkan seseorang lebih suka bercakap dengan yakin dan menjadi lebih besar hati. Penyalahgunaan dadah ini menjadikan seseorang itu mudah keliru dan mudah pitam, selalu mendengar suara-suara yang tidak jelas dan boleh mendapat sakit otak. Selain itu, kesan penyalahgunaan dadah juga menyebabkan berlaku peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng, kecurian, rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya. Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah . Jadi, langkah-langkah untuk membendung gejala ini perlu dilaksanakan.

Oleh itu, langkah-langkah bagi membendung gejala penyalahgunaan dadah ini perlu diambil bagi mengatasi masalah ini dari terus menjadi barah dalam masyarakat. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dengan mengambil berat tentang anak-anak dan tidak hanya mementingkan urusan kerja semata-mata. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa berkualiti bersama anak-anak setiap hari walaupun hanya 10 minit. 10 minit itu adalah masa yang berharga buat remaja kerana mereka merasa dihargai dan disayangi oleh ibu bapa. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang perlu diperketatkan bagi membendung gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja mengikut Akta Dadah Berbahaya 1995. Pemeriksaan ujian air kencing bagi pelajar sekolah perlu dilakukan secara berkala dengan kerjasama pihak sekolah. Kempen anti dadah juga perlu dilakukan dengan kerjasama media massa iaitu media cetak dan elektronik. Media massa perlu memainkan peranan dengan mengadakan iklan tentang bahayanya penggunaan dadah disamping memaparkan drama-drama atau filem tentang keburukan penggunaan dadah. Media massa memainkan peranan penting bagi membantu membanteras gejala penyalahgunaan dadah kerana remaja masa kini menjadikan media massa sebagai media untuk berhibur dan mendapatkan maklumat.

Kesimpulannya, dadah memberi kesan negatif kepada sistem badan manusia dan sebagainya. Keburukan yang diterima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak berbanding manfaatnya yang sementara. Dadah disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti untuk mengelakkan tekanan belajar, mengelakkan letih, mendapatkan rasa segar dan sebagainya. Racun dadah akan membinasakan saraf manusia dan boleh menyebabkan kematian. Pengambilan dadah memberikan kelegaan yang bersifat sementara dan kesengsaraan yang lama kepada pengambilnya. Sebagai umat Islam melalui Al-Quran kita dilarang daripada mengambil bahan-bahan yang memabukkan seperti arak dan ini termasuklah juga dadah. Pengharaman ini sebenarnya mengandungi hikmah yang tersendiri untuk kebaikan umatnya. Oleh itu , jauhilah najis dadah demi keamanan dan kesejahteraan diri serta negara.

Gejala Sosial : Buli

ditulis oleh AZUDDIN


Kejadian buli di sekolah kian menjadi jadi.Pelbagai kes dilaporkan di dada akhbar dan keadaan ini amat membimbangkan bukan sahaja pihak individu, malah ibu bapa, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya Kementerian Pelajaran, Menurut Kamus Dewan, perkataan buli bermaksud perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Membuli pula bermaksud mempermainkan orang, biasanya orang yang lemah, bertujuan untuk menakutkan orang yang berkenaan. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu buli secara langsung dan tidak langsung. Buli secara langsung adalah perbuatan diugut, disepak, atau dianiaya. Sementara buli secara tidak langsung ialah perbutan kata-kata termasuklah memanggil atau mengejek-ejek, dikacau dan dikertetawakan orang lain. Hampir semua pelajar berasrama mengetahui kelakuan buli yang selalunya dilakukan oleh pelajar senior terhadap junior. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar terutama ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke sekolah berasrama. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentunya mempunyai punca dan langkah-langkah harus diambil.




Antara punca masalah buli dalam kalangan pelajar ialah pengaruh rakan sebaya. Gejala ini dikatakan berpunca daripada pengaruh rakan sebaya kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan sebaya untuk membuat aktiviti harian dalam kehidupan mereka. Disamping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan seorang pembuli, maka pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Sebagai contoh, Muhammad Afiq Qusyairi bin Baharuddin, seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah daerah Pahang cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di sekolah terbabit. Kumpulan pelajar yang membelasah mangsa terbabit adalah disebabkan terpengaruh oleh rakan sebaya akibat daripada sekadar berseronok-seronok tanpa memikirkan risiko yang bakal diterma oleh mangsa, malah risiko yang bakal mereka terima sendiri.



Selain itu,pengaruh media massa juga menjadi salah satu punca berlakunya kes-kes buli. Pihak penerbitan drama atau filem selalu mengeluarkan drama atau filem yang berunsurkan pergaduhan dan berbahaya. Bagi pihak penerbitan,mereka tidak menghiraukan kesan kepada remaja apabila menonton aksi-aksi ganas dan berbahaya seperti pergaduhan, pembunuhan dan buli, tetapi mereka lebih mengutamakan keuntungan mengeluarkan filem tersebut. Tarikan filem berversi ganas dan aksi ini lebih difokuskan kepada penonton remaja. Mereka mudah terpengaruh dengan apa yang ditontoni dan ru segala aksi dan adengan yang ditayangkan tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan mereka. Sambutan hangat oleh penonton-penonton remaja terhadap filem atau drama aksi ini menyebabkan stesen-stesen televisyen berlumba-lumba untuk mengeluarkan dan menyiarkan filem berversi aksi. Paparan filem-filem antarabangsa dan tempatan seperti filem dari Jepun `Crow Zero` dan filem tempatan seperti filem `Buli’, `Gangster’ dan lain-lain. Filem-filem ini akan menyebabkan remaja akan terpengaruh dan akan meniru aksi-aksi yang ganas dan seterusnya akan terlibat dengan kes-kes buli.

Masalah buli dalam kalangan pelajar harus diambil tindakan yang segera dan proaktif. Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah peranan ibu bapa untuk menangani kes buli kerana ibu bapalah merupakan asas permulaan pembentukan peribadi anak-anak. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak-anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak-anak, perbuatan ibu bapa sentiasa betul dan patut dicontohi. Ibu bapa juga harus memberikan pendidikan agama kepada individu sejak kecil supaya dapat melahirkan manusia yang bermaruah dan mengamalkan budi pekerti manusia.Disamping itu, mengejarkan kebendaan dalam kehidupan, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka di sekolah. Ibu bapa harus memantau pergerakan anak-ank bagi memastikan mereka tidak bergaul dengan rakan sebaya yang tidak bermoral. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah selalu menghubungi cikgu di sekolah untuk mengetahui sikap anak-ank mereka selama 12 jam di sekolah. Justeru, peranan ibu bapa dalam menganangi kes buli, tidak boleh disangkal dan wajar bagi setiap ibu bapa menjadi `role model’ kepada anak-anak.

Selain itu pihak kerajaan juga bertanggungjawab untuk memastikan kejadian buli tidak menular dalam kalangan remaja. Langkah drastic yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini adalah antaranya melalui Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah. Pihak ini harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Selain itu, ceramah atau kempen anti-buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhui diri daripada gejala buli. Antaranya dengan mendedahkan undang-undang dan kesan negative terhadap mangsa. Naluri remaja akan merasa gerun apabila didedahkan dengan hukuman seperti sebatan mandatory, penjara, dihantar ke pemulihan dan dibuang sekolah.

Disamping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah ini dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia.

Gejala Sosial : Penderaan Kanak-Kanak

ditulis oleh : TAN MIN YEE

Sejak kebelakangan ini, kes penderaan kanak-kanak semakin berleluasa di negara kita sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pihak ibu bapa atau penjaga sewenang-wenangnya mendera anak-anak mereka tanpa belas kasihan dan tidak berperikemanusiaan. Sebelum masalah ini bertambah serius, langkah-langkah positif dan efektif perlu diambil bagi membendung gejala buruk ini.

Terdapat pelbagai bentuk penderaan yang telah dilakukan oleh penjaga atau ibu bapa kanak-kanak berkenaan. Lazimnya kanak-kanak didera dengan benda-benda yang keras seperti batu dan rotan. Selain itu, ibu bapa juga sanggup mencurahkan air panas kepada anak-anak. Terdapat juga yang mencucuh kanak-kanak dengan puntung rokok yang berapi dan merantai atau mengurung anak-anak mereka. Ini telah menyebabkan mangsa-mangsa itu mengalami kecacatan dari segi mental dan fizikal. Ada juga yang mengalami maut kerana penderaan yang begitu dahsyat.



Penderaan terhadap kanak-kanak ini berpunca daripada beberapa faktor utama. Tekanan hidup yang susah dan penuh kemiskinan menyebabkan ibu bapa tertekan sehingga sanggup mendera anak-anak mereka. Mereka menyalahkan anak-anak yang menyebabkan hidup mereka menderita. Di samping itu, ibu bapa mendera anak-anak mereka kerana tidak dapat mengawal emosi marah. Demi memenuhi tuntutan nafsu marah, mereka sanggup mendera anak-anak sendiri. Kekurangan didikan agama di kalangan ibu bapa juga menyebabkan ibu bapa seringkali bertindak mengikut emosi. Mereka berasa puas apabila melepaskan geram terhadap anak-anak.

Selain itu, tekanan di tempat kerja dan sikap majikan yang pemarah menyebabkan anak-anak menjadi mangsa melepaskan geram. Ini kerana ibu bapa akan membawa balik masalah dan tekanan mereka semasa di tempat kerja ke rumah. Maka mereka akan melepaskan geram terhadap anak-anak yang tidak berdosa. Krisis rumah tangga juga merupakan salah satu faktor penderaan kanak-kanak berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah melalui kuat kuasa undang-undang. Parlimen mesti menggubal rang undang-undang bagi mencegah perbuatan mendera kanak-kanak. Mereka yang bersalah mesti dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman yang berat. Pesalah-pesalah ini perlu dianggap sebagai penjenayah dan dihukum rotan atau dipenjara kerana hanya hukuman seperti ini dapat menyedarkan ibu bapa tentang kesalahan mereka. Di samping itu, hukuman seperti ini juga memberi pengajaran kepada pasangan yang lain supaya tidak mendera anak-anak mereka. Bagi memastikan undang-undang berkesan, setiap anggota masyarakat perlu bekerjasama dan melaporkan kes-kes deraan kepada pihak yang berwajib, iaitu pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sehubungan itu, didkan agama juga haruslah dititikberatkan pada zaman canggih ini. Pasangan yang akan berkahwin diwajibkan menyertai kursus-kursus persediaan untuk berumah tangga supaya mereka dapat memainkan peranan yang penting. Ia juga membolehkan pasangan yang muda sedar bahawa agama melarang keras ibu bapa mendera anak-anak. Perbuatan yang terkutuk ini mendapat balasan di akhirat kelak. Pasangan yang hendak berkahwin perlu tahu tuntutan-tuntutan agama dan menjadi pasangan yang saleh. Demikian juga terhadap agama-agama lain, penganut agama perlu menghayati dan memahami agama masing-masing dalam hal berumah tangga. Melalui pegangan agama yang kukuh dapat membina keluarga yang bahagia. Ibu bapa harus menyedari bahawa anak-anak ialah rahmat daripada Tuhan. Seandainya kita mendera anak-anak samalah kita menghancurkan rahmat yang dianugerahkan kepada kita.

Satu lagi aspek penting dalam menangani masalah adalah melalui sesi bimbingan dan kaunseling. Pasangan yang berhasrat berumah tangga diwajibkan untuk menghadiri sesi-sesi ini. Bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk menyedarkan mereka akan tanggungjawab selepas berkahwin. Ini kerana alam perkahwinan jauh berbeza dengan kehidupan membujang. Perkara yang lebih utama ialah mereka harus sedar akan kesusahan dan tanggungjawab apabila mempunyai anak. Selain itu, kemampuan dari segi kewangan patut dititikberatkan. Pasangan yang baru kahwin juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor-kaunselor atau pakar-pakar psikologi untuk menghadapi sebarang masalah. Dalam dunia yang moden ini, bimbingan seperti ini sangat perlu dalam menangani penderaan.

Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupaka perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita. Oleh itu, menjadilah tanggungjawab kita untuk membentuk seorang yang baik. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif sejak kecil, mereka berkemungkinan besar akan menjadi lebih ganas semasa meningkat dewasa. Jadi, sayanglah anak-anak dan jauhi kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.

Gejala Sosial : Pengkid

ditulis oleh :ZAKARIA

Pengkid adalah bahasa slanga di negara kita Malaysia yang membawa makna seorang wanita yang berpenampilan seperti lelaki dari segi tingkahlaku,pemakaian,percakapan bahkan kebanyakan lebih berminat kepada kaum sejenis.Dalam erti kata mudah mereka adalah kumpulan wanita yang ingin menjadi lelaki.Menurut Profesor Datuk Dr Zainal Kling,Dekan Fakulti Sastera dan Sains Teknologi Universiti Malaya,golongan pengkid terdiri daripada kumpulan manusia yang melepaskan diri daripada tanggungjawab agama dan bertunjangkan nafsu serakah semata-mata.Mereka terpengaruh dengan gerakan kebebasan hak manusia sedunia yang dipelopori oleh negara Eropah,Australia,dan Singapura yang menggalakan hubungan homoseksual.





Gejala pengkid berlaku adalah disebabkan diri sendiri menghadapi masalah kekeliruan mengenai jantina.Golongan ini sanggup menolak fitrah sebagai wanita kerana mereka berasa kewujudan sebagai wanita adalah satu kesilapan besar.Mereka tidak yakin pada diri sendiri sehingga sanggup menganggap diri mereka adalah seorang lelaki walaupun berjantina wanita.Dalam hal ini mereka mula memakai pakaian lelaki demi menunjukan‘kelakian’ mereka.Selain itu,hal ini berlaku adalah disebabkan diri kurang pengetahuan atau didikan mengenai agama.Di dalam syariah islam,adalah haram bagi seseorang lelaki cuba menyerupai wanita dan sebaliknya.Hal ini dijelaskan dengan petikan daripada kitab sahih al-Bukhari iaitu“Allah melaknat lelaki yang cuba menyerupai wanita dan wanita yang cuba menyerupai lelaki (riwayat al-Bukhari)”.Golongan pengkid bertindak berdasarkan nafsu semata-mata tanpa menghiraukan tuntutan dan perintah agama.

Keluarga merupakan faktor penyumbang berlaku masalah ini. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian anak-anak. Dalam pusingan kehidupan manusia, seorang bayi akan dilengkapi dengan segala kehendak asas, diasuh dan dibimbing sehingga ke tahap kanak dan remaja. Sekiranya sesebuah keluarga ditakdirkan mempunyai ramai perempuan, ada juga ibu bapa cuba mengubah salah seorang anaknya menjadi seseorang lelaki. Anak- anak tersebut diberi layanan, berpakaian, cara percakapan dan cara berjalan sebagai seorang lelaki. Ibu bapa juga terlalu menggalakkan anak-anak perempuan bergaul dan melibatkan diri dalam aktiviti yang cenderung dilakukan oleh anak- anak lelaki. Jika sejak kecil, anak-anak perempuan disemai dengan ciri-ciri lelaki, maka sifat ini boleh berlarutan sehingga dewasa. Cara didikan yang salah ini akan menyebabkan anak-anak itu mengalami kecenderungan jantina dan seksual yang berbeza.

Terdapat juga keluarga yang amat mengharapkan anak mereka adalah lelaki. Mereka membeli permainan, pakaian, dan segala barang keperluan untuk bayi lelaki. Apabila bayi yang lahir itu bayi perempuan, mereka tetap menggunakan barangan yang telah disediakan itu. Secara tidak langsung telah mendidik anak perempuan mereka menjadi seorang lelaki.Kesedaran dan pengetahuan tentang isu-isu semasa oleh masyarakat masih lagi rendah. Tidak ramai yang mengetahui maksud sebenar perlakuan homoseksualiti . Masyarakat hanya menyangka gejala ini hanya melibatkan perlakuan sejenis sahaja. Sebenarnya perlakuan homoseksualiti lebih daripada itu. Masyarakat hanya akan menyisihkan sesiapa sahaja yang mereka anggap aneh. Penyisihan ini akan menyebabkan mereka yang aneh tidak memiliki pilihan lain kecuali berkomunikasi sesama mereka. Akhirnya apa yang menjadi aneh kepada masyarakat menjadi gejala sosial yang tidak dapat dibendung. Sepatutnya kita sebagai masyarakat berperanan sebagai agen perubahan untuk membetulkan seseorang yang berperilaku aneh.Selain itu,sikap masyarakat yang hanya mementingkan diri tidak mahu ambil peduli terhadap gejala ini menyebabkan golongan pengkid terus bermaharajalela untuk melakukan apa sahaja.Mereka berasa aman walaupun perbuatan mereka menarik perhatian masyarakat tetapi tiada reaksi masyarakat untuk membanteras gejala ini atau membetulkan keadaan.Ini menyebabkan mereka terus hanyut dan hidup bergelombang dengan dosa.

Faktor persekitaran juga menyebabkan masalah ini berlaku.Antaranya lambakan hiburan dan budaya hedonisme yang disiarkan dalam media massa menjadi salah satu cabang utama lahirnya budaya jijik ini. Kehidupan yang berteraskan material dan kepuasan diri sendiri individu yang dipamerkan dalam televisyen terutamanya, akan menggalakkan budaya pengkid dalam kalangan kanak-kanak serta remaja.Filem-filem barat yang mengenepikan nilai nilai moral yang bertentangan dengan budaya ketimuran bebas di pasaran memudahkan masyarakat terjebak dalam masalah ini terutamanya golongan remaja. . Mereka yang rapuh iman dan kurang penghayatan dalam agama amat mudah dipengaruhi oleh anasir asing yang jahat tersebut.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mereka dengan ilmu agama yang mencukupi. Jikalau ibu bapa kurang arif tentang ilmu dan kefahaman terhadap agama Islam, maka hantarlah anak-anak belajar ilmu agama di institusi agama dan sebagainya. Selain itu, ibu bapa juga harus memantau keadaan anak- anak dari sudut kenalan dan pergaulan mereka di luar. Sebagai pemimpin dalam keluarga, terutama bapa bertanggungjawab mendidik anak-anak mengenali ilmu agama.

Sesungguhnya ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Jika dari kecil dididik dengan ilmu dan kefahaman tentang agama, maka jadilah anak kita seseorang yang taat kepada ibu bapa, agama dan negara. Jika individu itu tersebut muslim, banyak perkara yang perlu kita ketahui terutama berhubung agama tersebut kefahaman yang mendalam terhadap agama dapat membendung sikap suka meniru budaya dari Barat yang gemarkan hiburan dan kebebasan yang melampau sehingga melepasi batas pergaulan yang sepatutnya. Akibatnya, lahirlah generasi yang rosak akhlaknya sebagai pewaris masa depan.

Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan penting dalam membendung gejala ini. . Pihak kerajaan seharusnya melaksanakan pencegahan berdasarkan Al-Quran dan hadis melalui kuliah-kuliah agama. Melalui program-program riadah dan sebagainya, maka perlu diselitkan sedikit unsur-unsur ceramah dan juga nasihat. Apabila manusia mengabaikan perintah dan hukum Allah, Allah juga akan mengabaikan kita. Kesannya, berlakulah fenomena-fenomena seperti sekarang ini.

Kehidupan manusia sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah yang boleh memberi kesan yang serius termasuklah isu seksualiti. Ini menunjukkan walaupun manusia ini diciptakan dengan sebaik-baik kejadian oleh Allah S.W.T., terdapat segelintir manusia seringkali terleka dan melakukan kesilapan demi kesilapan. Dalam memenuhi keperluan bersifat naluri, manusia seringkali terlepas dari kawalan sehingga terjebak dengan gejala-gejala yang negatif yang dilarang oleh agama.

Gejala Sosial : Vandalisme

ditulis oleh :AZWAN

Gejala sosial iaitu vandalisme bukanlah sesuatu fenomena yang baru dalam kalangan manusia sejagat. Gejala ini boleh dikatakan berlaku di setiap pelusuk dunia. Kes vandalisme ini merujuk kepada para remaja yang mempunyai nilai moral yang rendah. Menurut Kamus Dewan, vandalisme dapat didefinisikan sebagai perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Vandalisme adalah perbuatan yang tidak bermoral dan kurang sihat. Golongan yang terjebak dalam aktiviti ini merupakan para remaja. Antara contoh-contoh vandalisme adalah seperti merosakkan pondok telefon, paip bomba, menconteng dinding-dinding bangunan sekolah, lif, tandas, perhentian bas dan sebagainya. Golongan remaja yang selalunya terlibat dengan masalah ini adalah daripada golongan remaja yang mempunyai tabiat merokok, suka ponteng kelas, menagih dadah, mencuri, melepak dan sebagainya yang boleh dikaitkan dengan perkara-perkara negatif.





Faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya gejala vandalisme ialah pengaruh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana sudah menjadi lumrah para remaja yang hidup secara berkelompok dalam satu organisasi sosial. Pergaulan individu bersama sekumpulan remaja yang mempunyai nilai moral yang rendah akan menyebabkan wujudnya gejala sosial negatif seperti vandalisme. Hal ini demikian kerana golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya. Pengaruh yang ditonjolkan oleh rakan sebaya khususnya nilai-nilai negatif akan dapat mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja itu sendiri. Kebanyakan para remaja yang terjerumus ke kancah gejala negatif ini adalah daripada kelompok remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kelompok remaja yang terlibat dalam masalah vandalisme ini terdiri daripada individu yang tidak mempunyai tujuan dan apabila mereka berkumpul di sesuatu kawasan, maka akan timbullah pelbagai idea negatif seperti menconteng dan merosakkan harta benda awam. Contohnya terpapar pelbagai tulisan di dinding-dinding bangunan awam seperti tandas awam yang menggambarkan maksud lucah dan kesat.

Ibu bapa dan keluarga merupakan pendorong kepada sifat vandalisme dalam kalangan remaja. Hal ini demikian kerana amalan gaya hidup negatif yang ditonjolkan oleh ibu bapa tanpa disedari akan memberi kesan sampingan terhadap gaya hidup anak-anak remaja mereka. Nilai moral ibu bapa yang rendah seperti amalan membuang sampah ketika memandu kenderaan, membuang sisa-sisa makanan iaitu kulit buah-buahan seperti kulit rambutan dan limau serta tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan di bahu-bahu jalan akan mendorong dan mendidik para remaja untuk melakukannya juga. Namun begitu, masalah keluarga juga merupakan faktor wujudnya gejala vandalisme di dalam diri setiap remaja. Hal ini dapat dibuktikan dengan bebanan masalah kewangan yang dihadapi oleh kelompok keluarga yang berpendapatan rendah yang harus menyara tanggungan isi rumah yang ramai. Kesannya para remaja yang dihimpit oleh masalah kewangan tersebut akan mengalami masalah tekanan yang kuat di dalam diri mereka sehingga memberontak dengan melakukan aktiviti vandalisme untuk melepaskan perasaan serta tekanan yang dihadapi. Hal ini juga berpunca daripada ibu bapa yang kurang memberikan perhatian terhadap anak-anak remaja mereka kerana kesibukan di tempat kerja dan mementingkan kerjaya. Kesannya tiada kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa terhadap anak-anak remaja menyebabkan para remaja tidak mendapat kasih sayang yang cukup oleh ibu bapa sehinggakan para remaja terjebak di dalam gejala negatif ini.

Gejala vandalisme juga adalah berpunca daripada pengaruh media massa itu sendiri. Seperti yang diketahui, peranan media massa adalah untuk menyampaikan pelbagai maklumat berkaitan isu-isu global kepada setiap lapisan masyarakat. Hal ini menyebabkan media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat terhadap para remaja dan ianya sukar sekali dielakkan dewasa ini. Media massa iaitu media elektronik merupakan penyumbang terbesar kepada para remaja untuk terjebak di dalam gejala vandalisme. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari Barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Hal ini demikian kerana golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut perkara-perkara yang dilihat di sekeliling mereka termasuklah media massa. Adegan-adegan negatif yang dipaparkan oleh media massa adalah berbentuk ganas seperti adegan merosakkan harta benda awam dan menconteng di setiap bangunan-bangunan. Rancangan gusti merupakan salah satu pengaruh negatif kepada para remaja kerana ianya dapat membentuk dan menyemai sikap ganas di dalam diri mereka. Kesannya, mereka akan meniru aksi tersebut pada harta benda awam.

Langkah-langkah bagi membendung gejala vandalisme daripada terus menular dalam kalangan pelajar ialah melalui penguatkuasaan undang-undang. Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak-pihak berkenaan seperti polis. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9, Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991, sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh dikenakan denda sebanyak RM2000 atau tempoh penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan. Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme harus menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat seperti didenda melakukan kerja pembersihan di kawasan awam, membersihkan tandas dan sebagainya. Kerja-kerja ini haruslah dilakukan di tempat-tempat awam seperti pusat membeli belah dan para pesalah dikhaskan untuk menggunakan pakaian seragam yang menggambarkan akan pesalah vandalisme. Tindakan yang tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi pengajaran dan teladan kepada setiap individu-individu lain agar menjauhkan diri daripada perbuatan vandalisme. Contohnya, kerajaan Negara Singapura yang menjatuhkan hukuman berat kepada pesalah-pesalah vandalisme di negara tersebut.

Langkah seterusnya bagi membendung gejala vandalisme daripada terus berleluasa dalam kalangan remaja ialah melalui peranan masyarakat. Hal ini demikian kerana setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dengan memberi perhatian secukupnya kepada anak-anak remaja mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah iaitu vandalisme. Masyarakat juga harus lebih peka terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu lebih proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu, anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting dengan memberikan kefahaman akan betapa buruknya akhlak vandalisme kepada para remaja.

Peranan pihak sekolah merupakan langkah bagi mengatasi penularan gejala vandalisme dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini demikian kerana, waktu persekolahan merupakan tempat kepada para pelajar banyak menghabiskan masa dengan proses pembelajaran. Oleh itu, pihak sekolah harus memainkan peranan penting dengan banyak memberikan nasihat dan bimbingan kepada para remaja mengenai kepentingan menjaga harta benda awam. Hal ini demikian kerana generasi muda perlu diterangkan secara mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Contohnya, memberikan tanggapan akan bagaimana perasaan para pelajar sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kesannya, kesedaran seumpama itu akan memberi sedikit sebanyak gambaran kepada mereka akan pentingnya nilai sikap dan bertanggungjawab terhadap harta benda awam. Pihak sekolah perlu mengadakan kempen anti-vandalisme dan menyediakan pelbagai program untuk disertai oleh para pelajar di sekolah. Dengan kerjasama semua pihak, sudah pasti gejala vandalisme akan dapat dibendung.

Gejala vandalisme merupakan gejala negatif yang berasal dari negara barat. Budaya negatif ini banyak memberikan impak buruk terhadap semua pihak. Gejala ini juga dapat mencemarkan suasana persekitaran kawasan di sekeliling dengan adanya tulisan yang kesat dan harta benda awam yang rosak. Para remaja harus mendidik diri mereka agar membenci perkara sedemikian. Mereka perlu sedar tentang menjaga harta benda awam. Seperti yang sedia maklum, gejala vandalisme ini melibatkan para remaja yang masih bersekolah. Usia para remaja yang masih muda tidak harus diterapkan dengan budaya-budaya negatif seperti ini. Para remaja merupakan tonggak dan asas kepada tampuk kepimpinan pada masa hadapan. Oleh itu, para remaja haruslah dididik dengan baik seperti ‘menatang minyak yang penuh’ oleh semua pihak termasuklah ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan sebaya, para masyarakat dan sebagainya bagi menjamin dan melahirkan para pemimpin yang berkaliber dan mempunyai nilai moral yang tinggi pada masa hadapan. Para remaja merupakan pemuda pemudi harapan bangsa.

Gejala Sosial : Bohsia

ditulis oleh :HAIRUL HAFIZ

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud tanda-tanda akan terjadinya sesuatu, alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala petanda yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal istilah perubatan.Manakala maksud bohsia pula ialah gelaran yang diberikan kepada perempuan yang suka berpeleseran,berfoya-foya,melepak,dan sering terlibat dalam kegiatan maksiat dan gejala bohsia merujuk kepada hubungan seks secara rambang.Selain itu istilah pula bohsia berasal daripada bahasa Hokkien yang beerti “senyap, sunyi dan diam-diam”. Apa yang dimaksudkan ialah ada orang tetapi tidak bercakap. Dari segi istilah pula bermaksud satu kegiatan di mana ada sekumpulan orang wanita muda yang berusia muda berada di tempat sunyi dan gelap.



Pelbagai faktor-faktor berlakunya gejala bohsia,antaranya ialah pengaruh media massa.Media massa memberi peluang yang terlalu bebas dan luas kepada unsur-unsur maksiat dengan mencetuskan dorongan dan contoh teladan yang negatif yang boleh meruntuhkan anak-anak muda.Kebanyakan media elektronik seumpamanya banyak menayangkan tayangan yang berbentuk lucah seperti bercumbu-cumbuan,berpelukan dan sebagainya yang boleh mempengaruhi kehidupan remaja ke arah perkara yang negatif.Banyak remaja terikut-ikut akan budaya Barat tersebut.Disamping itu,penyebaran meluas bagi filem,video menerusi CD dan bahan bacaan lucah banyak mempengaruhi kegiatan bohsia.Novel lucah dan majalah pornografi dari Barat banyak dijual di kedai buku.Video dan CD lucah pula senang didapati di pusat video dan pasar-pasar malam.Kegiatan jual CD,DVD lucah semakin berleluasa. Majalah dan akhbar tempatan juga sering menyiarkan gambar perempuan seksi menghiasi halamannya.Selain itu,media elektronik juga sering menyiarkan filem Barat yang berunsur lucah dan terlepas untuk memotong adegan tersebut.

Selain faktor itu,faktor lain pula ialah mengikut nafsu.Memang kita tidak dapat menafikan bahawa golongan remaja adalah golongan yang paling mudah terpengaruh dan sering terdedah kepada aktiviti-aktiviti yang kurang sihat.Hal ini demikian kerana,jiwa remaja tersebut sering memberontak dan sentiasa ingin melakukan sesuatu yang baru tanpa mengira sama ada haram atau halal yang boleh merosakkan peribadi dan akhlak mereka.Remaja yang terjerumus menjadi bohsia adalah disebabkan terlalu mengikut kehendak nalurinya yang mahukan kebebasan.Mereka mahu bebas daripada segala kongkongan seperti institusi persekolah,keluarga hinggalah kepada agama yang dianuti.Fenomena bohsia bukan sahaja menbabtikan hubungan seks atau dasar suka sama suka sahaja sebaliknya telah melepasi batas itu.Perbuatan tersebut akan mengakibatkan mereka hamil dan melahirkan anak luar nikah.Mereka terpaksa menempuh risiko daripada sikap mereka lantaran sikap cuai mereka sendiri yang senang menerima pelawaan orang yang dikenali ataupun yang tidak dikenali.

Faktor seterusnya pula ialah pelacuran dan dadah.Pergaulan yang bebas ini juga mengakibatkan keterlibatan mereka dalam dadah dan pelacuran.Semuanya boleh berlaku kerana gadis-gadis bohsia ini boleh menjadi alat kepada sindiket haram yang melakukan penjualan dadah dan pelacur.Sebahagian besar mereka terjebak dalam kancah pelacuran disebabkan oleh “bapa ayam” yang menjanjikan kemudahan pekerjaan kepada mereka,tetapi sebaliknya bapa ayam tersebut menjadikan mereka sebagai pelacur di hotel-hotel mewah dan rumah-rumah persendirian.Di samping itu itu,gadis-gadis yang terlibat dengan pelacuran ini mahukan kemewahan.Maka mereka mencari jalan yang mudah dengan mengikut sesiapa sahaja yang mengajak mereka berpeleseran.Apatah lagi lelaki yang mempunyai kenderaan dan wang,sudah pasti menyenangkan hati mereka kerana segala yang diperlukan oleh mereka akan dipenuhi oleh lelaki tersebut.

Pelbagai cara untuk mengatasi berlakunya gejala bohsia ini.Antara caranya ialah peranan sahabat,keluarga dan masyarakat.Mereka hendaklah mendampingi remaja bohsia seperti berbual-bial bertanyakan masalah yang mereka hadapi dan beri perhatian kepada keterangan mereka.Jangan sesekali menghina mereka setelah mengetahui cerita sebenar kenapa mereka terlibat menjadi bohsia agar mereka tidak terus hanyut dalam kancah kemaksiatan.Oleh itu,kita seharusnya menasihati dengan cara psikologi,penuh kebijaksanaan,lemah lembut dan berhikmah.Selain itu,berbincanglah dengan mereka dengan cara yang paling baik.Apabila ada reaksi positif mereka mahu berubah,dakwahkan mereka dengan cara beransur-ansur.Kita semua berperanan penting member kesedaran kepada mereka dengan cara penerepana nila-nilai murni.Apabila masyarakat mengambil berat tentang mereka,mereka akan berasa diri mereka dihargai. Kita seharusnya tidak boleh memaksa mereka berubah secara drastic kerana ia akan member kesan yang negatif.Oleh itu,amalan saling menolong sama ada dalam aspek ilmu atau material seperti membantu meringankan tekanan perasaan mereka apabila diperlukan.

Seterusnya,cara yang lain ialah peranan kerajaan.Akta sosial juga mestilah dikenakan kepada unsur atau subjek yang banyak mempengaruhi remaja menjadi bohsia.Akta Perlindungan Gadis dan Wanita dikenakan kepada gadis remaja bawah umur yang terbabit dalam kegiatan maksiat atau pelacuran.Akta juga mesti dikenakan kepada pasangan atau pelanggan mereka yang biasanya terdiri daripada bohjan,sugar daddy,mat rock,mat motor yang selama ini terlepas begitu sahaja.Tanggungjawab membanteras maksiat bukan hanya kepada para pendakwah atau alim ulama.Oleh itu,tindakan undang-undang juga hendaklah tidak terbatas ke atas gadis bohsia sahaja malah ia perlu merangkumi semua golongan termasuk orang yang berpangkat dan berharta.

Disamping itu,menanamkan pendidikan Islam ke atas diri setiap remaja dapat mengurangkan berlakunya gejala bohsia.Selain pendidikan berbentuk formal seperti di sekolah,pendidkan secara tidak formal juga mesti diutamakan agar tahap kemantapan minda mereka berjalan seiiring dengan perubahan masa,suasana dan tempat.Pendidikan agama merupakan tunjang kehidupan yang menentukan matlamat kehidupan seseroang.Seseorang itu hendaklah didedahkan dengan pendidikan agama sejak kecil lagi.Ibu bapa hendaklah bijak dalam membentuk peribadi anak mereka terutama anak remaja yang mudah teprengaruh dengan suasana sekililing.Anak yang sentiasa didedahkan dengan pendidikan agama akan lebih berhati-hati dalam mengorak langkah kehidupan.

Kesimpulannya,punca-punca gejala bohsia banyak berkait rapat dengan perkara-perkara dan pengaruh-pengaruh negatif yang menular ke dalam masyarakat kita.Oleh hal yang demikian,pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan penting dalam membanteras gejala bohsia ini untuk mengurangkan kadar sosial bohsia ini. Usaha kerajaan utk membendung masalah ini akn berjaya jika masyarakat memberikan sokongan yg padu.Selain itu,orang ramai juga patut memainkan peranan dalam membanteras gejala ini agar tidak terus meresap ke dalam maysarakat kita.Kerjasama semua pihak amatlah penting untuk mengurangkan gejala bohsia ini dan sekali gus melahirkan masyarakat yang hidup sejahtera tanpa sebarang masalah-masalah sosial.

Gejala Sosial : Pembuangan Bayi

ditulis oleh :LU PEI LING

Kebelakangan ini isu pembuangan bayi ternyata hangat kembali dan sering terpapar di muka hadapan surat khabar ataupun media- media elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan ini bukanlah sesuatu yang membanggakan. Dahulu ia pernah hangat seketika, kembali senyap tetapi kini semakin menjadi-jadi. Apakah yang anda fahami tentangan isu ini? Pembuangan bayi sebenarnya adalah satu jenayah terjadi akibat kehamilan yang tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka akibat malu dan takut dengan akibat yang bakal ditanggung.Hampir setiap hari kedengaran kes-kes pembuangan bayi yang berlaku di mana-mana di seluruh negara. Paling menyayatkan hati ialah apabila ada bayi yang dibakar di tempat pembuangan sampah atau yang digigit oleh semut merah dalam litupan sampah sarap.Tidak cukup dengan itu, ada juga bayi yang dibuang menjadi makanan kepada burung-burung gagak. Apalah dosa bayi-bayi itu apabila diperlakukan sebegitu. Ini menunjukkan nilai kemanusiaan sememangnya sudah berkurangan dalam diri masyarakat kita hari ini.



Punca –punca utama berlakunya kes pembuangan bayi adalah kerana sikap remaja kini yang banyak tertagih dengan keseronokan duniawi yang seterusnya mengheret mereka ke arah penjalinan hubungan seks rambang dan luar nikah tanpa mengira batas-batas agama. Mereka terlalu mengikut hati ketika membuat sesuatu keputusan. Kebanyakkan kes sedemikian berlaku di kalangan remaja kerana mereka berasa melakukan seks adalah sesuatu permainan yang seronok dan baru kepada mereka. Dalam pemikiran mereka yang telah dikotori memikirkan bahawa jika tidak pernah mencubanya bermakna mereka adalah penakut dan dikatakan sebagai katak di bawah tempurung.



Selain itu, penubuhan pusat-pusat untuk menjaga bayi yang dibuang juga secara tidak langsung menyebabkan kes pembuangan bayi terus berlaku. Ini kerana meraka tidak perlu risau lagi untuk melahirkan anak luar nikah itu kerana kerajaan sudah menyediakan tempat khas untuk menjaga bayi. Seterusnya, ibu bapa yang hanya giat bekerja untuk mencari wang dan kurang mendidik anak dari segi agama juga merupakan salah satu punca utama. Anak-anak yang dibiarkan begitu sahaja tanpa didikan senang melakukan perbuatan seperti ini.

Di samping itu, perbuatan pembuangan bayi menyebabkan banyak kesan-kesan negatif. Antaranya ialah kematian bayi meningkat dari tahun ke tahun. Selain itu, kesihatan ibu juga akan terjejas. Oleh kerana bayi yang dilahir adalah haram, kelahiran tersebut disambut pada tempat yang terpencil dan tidak mempunyai peralatan yang canggih sperti yang terdapat di hospital. Oleh itu, ibu yang melahirkan bayi-bayi haram itu mudah dijangkiti kuman atau kehilangan darah yang terlalu banyak. Ini seterusnya menyebabkan sama ada kematian si ibu atau kedu-duanya.

Kesan yang lain ialah perlaku perbuatan itu akan mempunyai masalah emosi seperti murung, rasa bersalah, resah, gelisah dan hilang keyakinan diri. Ini seterusnya membawa kepada keadaan di mana mereka akan memutuskan hubungan dengan ahli keluarga akibat tidak dapat menghadapi pandangan orang ramai terhadap mereka. Selain kesan psikologi da n social ini, mereka juga akan dikenakan hukuman dari segi undang-undang negara.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa selain menubuhkan pusat khas untuk menjaga bayi terbuang. Kerajaan juga harus menggenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah seperti penjara seumur hidup, sebatan atau setimpalnya agar masyarakat akan memikir dengan teliti sebelum melakukan perbuatan pembuangan bayi. Kesan daripada perbuatan sedemikian seterusnya menyebabkan bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia.

Kesimpulannya, pelbagai pihak sama ada kerajaan ataupun masyarakat itu sendiri harus bekerjasama seperti aur dengan tebing bagi mengatasi masalah pembuangan bayi ini agar maruah, nama dan masa depan negara terjamin bagi merealisasikan impian semua warganegara Malaysia iaitu Wawasan 2020.

Gejala Sosial : Ponteng Sekolah

ditulis oleh :CAN YI WEN

Menurut Kamus Dewan,istilah ponteng dapat didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran.Dari wikipedia Bahasa Melayu, ponteng merujuk kepada apa-apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabab.Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas.Walaupun pelajar berada di kelas,tetapi hati yang tidak memberi tumpuan kepada pembelajaran.Hal ini juga dikategorikan sebagai ponteng.Pihak media sering menyiarkan berita tentang gejala tersebut sehingga pihak sekolah dan ibu bapa menjadi paparazi untuk mengintip kegiatan pelajar-pelajar yang ponteng.





Gejala ponteng semakin meningkat dari semasa ke semasa.Antara punca pelajar ponteng yang dikenal pasti ialah keruntuhan institusi keluarga.Pertelingkahan antara ibu bapa akan mennyebabkan anak-anak mereka tidak dihiraukan.Kekurangan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga mengakibatkan mereka cuba ponteng sekolah.Hal sedemikian menunjukkan kerutuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah displin dalam kalangan pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah.Selain itu,ibu bapa sentiasa sibuk bekerja di luar dari siang hingga tengah malam,masa bersama pelajar semakin berkurang sampai pelajar tidak mendapat perasaan kasih sayang daripada ibu bapa.Oleh sebab kurang perhatian daripada ibu bapa,pelajar akan cuba menggunakan cara yang negatif seperti ponteng untuk memerangkap perhatian mereka.Dalam keluarga yang ibu bapa megejar materialistik,sikap ini akan mengambil alih kepentingan pelajar kepada kebendaan-kebendaan yang diingini.Ini akan menyebabkan pelajar-pelajar bergaul dengan rakan luar sekolah yang dianggap sebagai ‘kawan baru’ melalui memonteng.



Punca yang kedua ialah pengaruh rakan yang berlakunya masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar-pelajar.Biasanya,rakan sebaya akan mengajak pelajar-pelajar dan ini mempengaruhi pemikiran pelajar yang tidak rasional.Keadaan ini berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang ponteng sekolah akan memberi pelbagai jenis alasan.Pelajar juga lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran.Fenomena ini dapat dilihat pelajar yang ponteng untuk melepak dipusat membeli-belah,pusat permainan,dan taman rekreasi.Terdapat juga pelajar menonton wayang,menyanyi karaoke dan berkelah.Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan kerana tidak mempunyai unsur-unsur hiburan dan menenangka fikiran akan menjadi alasan bagi pelajar yang sengaja tidak hadir ke sekolah.Ini menunjukkan pengaruh rakan sebaya salah satu punca berlakunya gejala ponteng dalam kalangan pelajar-pelajar.

Kesan-kesan bagi pelajar yang ponteng adalah masa dan tenaga telah dibazirkan dengan sia-sia.Sekiranya mereka menguasai dan merancang masa dengan baik dan bersistematik iaitu tidak memontengkan sekolahmereka akan berjaya dalam kerjaya mereka yang akan memberi kehidupan selesa pada masa yang akan datang.Di samping itu,pelajar yang ponteng menyebabkan keputusan pelajarannya tidak begitu cemerlang dan pelajar akan berasa rendah diri,masalah psikologi menimbul sebab ditertawakan oleh rakan-rakan lain lama-lamanya.Masyarakat juga akan memandang rendah kepada pelajar yang ponteng dan menjejaskan maruah keluarga pelajar tersebut.Lantarnya,pelajar yang ponteng tidak bersopan-santun dan kekurangan nilai-nilai murni.Sebagai contoh,pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat walaupun disediakan tong sampah.Seseorang ternampak sekumpulan pelajar yang tengah ponteng membuat kelakuan tersebut,pendapat seseorang itu terhadap pelajar ialah mereka merupakan sampah masyarakat kerana mereka tidak memainkan peranan untuk menjaga dan memelihara bumi ini dan akan memarahi ibu bapa mereka kerana tidak dapat mendidik pelajar-pelajar tentang ilmu menjaga alam sekitar serta mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penjaga.

Untuk mengatasi gejala ponteng,ibu bapa telah memainkan peranan yang penting untuk meluangkan lebih banyak masa dan memberi perhatian kepada tingkah laku pelajar-pelajar di sekolah dan di rumah.Ibu bapa seharusnya sentiasa berkomunikasi dengan pelajar supaya lebih memahami kegiatan dalam dan luar sekolah.Ini dapat ibu bapa mengajar pelajar menangani dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.Dengan ini,ibu bapa dapat mendidik pelajar dengan memberi kasin sayang yang secukupnya kepada anggota keluarga.Pelajar juga perlu dididik untuk berfikir secara rasional dan lebih bertanggungjawab.Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah mengetatka peraturan-peraturan sekolah.Hukuman yang berat seperti dibuang sekolah kepada pelajar yang kekerapan tidak menghadiri ke sekolah tanpa alasan yang munasabah.akhidmat kaunseling juga diberikan kepada pelajar yang ponteng untuk memahami masalah yang mereka hadapi dan memberi cara-cara menyelesaikannya.Cara guru mengajar patutlah diubahkan untuk menambah sedikit hiburan supaya pelajar tidak berasa bosan dalam pembelajaran.

Kesimpulannya,selain ibu bapa dan pihak sekolah,masyarakat sekeliling juga patutlah bekerjasama menangani gejala ponteng dengan mengadakan kempen atau ceramah dengan ketidakmanfaat kegiatan ponteng sekolah,Demi mengacukan generasi yang berguna dan bertanggungjawab,semua pihak haruslah menjalankan tindakan dan tindakan daripada satu kuasa tidak akan berjaya mengatasi gejala ini.Jadilah,sama-sama bekerjasama untuk menuju ke Wawasan 2020 dengan lancar.

=============================================

Gejala Sosial : Ragut

ditulis oleh : HAFZAL


Belakangan ini isu kegiatan meragut hangat di perkatakan. Hal ini jelas terbukti apabila di dada-dada akhbar banyak memaparkan cerita mengenai kejadian meragut yang berlaku. Biasanya jenayah meragut ini di lakukan oleh golongan remaja, golongan yang menganggur dan golongan penagih dadah. Masalah ini harus diatasi dengan segera supaya kadar jenayah dalam negara berkurangan.

Antara punca berlakunya jenayah ragut ini adalah kurangnya didikan agama.Didikan agama yang kurang daripada ibubapa mahupun orang sekeliling boleh menjadi punca utama mengapa berlakunya jenayah ini. Ibubapa pada zaman sekarang kurang memberikan didikan kepada anak-anak mereka. Mereka lebih cenderung mementingkan hal duniawi semata-mata tanpa mereka sedar bahawa didikan agama satu didikan asas dalam mendidik anak-anak mereka untuk menjadi seorang manusia yang berilmu dan berpengetahuan agama yang luas.Dengan kurangnya didikan agama ,golongan remaja khususnya secara tidak langsung akan mudah terjebak dan terpengaruh dengan gejala negatif ini.



Selain itu, sikap individu itu sendiri merupakan salah satu berlakunya kegiatan meragut. Kebanyakan mereka yang terjebak dalam gejala ini biasanya datang dari kelompok yang tidak mempunyai wang atau sumber pendapatan yang tetap untuk menampung perbelanjaan kehidupan seharian.Mereka mengambil jalan mudah untuk mendapatkan sumber pendapatan dengan melakukan kegiatan meragut walaupun mereka mengetahui akibat yang akan mereka tanggung dan alami ekoran perbautan tidak bermoral mereka.

Kesan daripada masalah meragut ini juga telah menyebabkan imej negara tercemar,dengan ini secara tidak langsung negara-negara luar akan memandang serong terhadap negara kita. Hal ini demikian kerana menyebabkan kadar kemasukan wang asing ke negara kita berkurangan.Hal ini demikian kerana para pelancog akan merasa takut untuk datang ke negara kita ekoran dari kegiatan meragut ini.Para pelancong akan lebih terdorong untuk memilih negara lain untuk melancong.Hal ini disebabkan para pelancong akan merasa keselamatan meraka tergugat akibat daripada jenayah yang terdapat didalam negara kita,khususnya jenyah meragut dan sebagainya. Usaha sama dengan negara luar juga akan merosot akibat gejala ini.

Seterusnya, kesan lain akibat daripada jenayah ragut adalah masyarakat sering merasa terancam dan takut untuk keluar berseorangan.peragut biasanya mencari mangsa di kawasan-kawasan gelap,sempit, dan kawasan yang tidak ramai orang.Hal ini, menyebabkan kegiatan ini berleluasa. Orang ramai tidak lagi berani untuk keluar berseorangan walaupun jaraknya dekat sahaja kerana risikonya untuk menghadapinya amat tinggi. Para peragut biasanya akan memerhati mangsa mereka terlebih dahulu sebelum bertindak, tanpa mengira jantina, status dan umur.Hal ini menyebabkan, masyarakat akan sentiasa merasa terancam dan tidak selamat lagi untuk menjalani kehidupan seharian. Factor ini menyebabkan msyarakat mengambil keputusan untuk keluar beramai-ramai,atau barkumpulan untuk mengelakan menjadi mangsa ragut.

Kesimpulannya, jenayah meragut di negara Malaysia semakin menjadi-jadi sekiranya usaha membanterasnya tidak di ambil. Oleh itu, pihak yang berwajib harus memandang serius gejala ini dan harus mencari jalan penyelesaian dengan segera dan berkesan,bagi mengelakan gejala ini semakin berleluasa. Andai masalah ini tidak di atasi dengan segera negara kita pasti akan di pandang rendah dan hina oleh negara-negara luar.

Gejala Sosial : Rempit

ditulis oleh :SAIFUL

Mat rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram,biasanya dengan menggunakan motor kapcai,skuter dan lain-lain.Isu rempit kembali hangat di perkatakan sama ada melalui media massa atau media cetak.Walaupun kebanyakan Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.Mereka akan menunggang dengan tahap maksima supaya dapat mencapai tahap kepuasan diri mereka,ada juga sesetengah mereka menunggang secara berbahaya dengan melakukan aksi-aksi seperti gaya superman,berdiri atas motorsikal dan lain-lain.Mat rempit bukan setakat merempit malah mereka juga turut terlibat dengan kagiatan jenayah seperti kaki pukul,kaki mabuk,rogol,kecurian,malah ada juga sanggup membunuh.Faktor-faktor gejala sosial ini perlu di kenal pasti dan langkah-langkah penyelesaian perlu diambil dengan segera.



Antara faktor yang menyebabkan hal ini berlaku ialah kurang didikan dari ibu bapa . Kurang kasih sayang dan perhatian turut mempengaruhi tindakan serta sikap remaja tersebut.Kurangnya kasih sayang dan perhatian dari penjaga mereka contohnya sikap ibu bapa yang lebih mengutamakan perkerjaan mereka daripada keluarga.Hal ini demikian anak-anak mereka tiada tempat untuk mengadu masalah yang di hadapi oleh mereka.Apabila keadaan ini berlaku,mereka akan mencari jalan yang mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut,contonya mencari hiburan di luar rumah.Keadaan ini juga menyebabkan mereka berasa diri mereka bebas dari ibu bapa mereka kerana ibu bapa mereka sibuk dengan kerja-kerja dan tidak mengambil tahu tentang keadaan mereka.Mereka akan mengatur urusan seharian mereka dengan sendiri contoh keluar malam dengan pergi ke tempat hiburan yang ada di Bandar-bandar.



Selain daripada itu, mereka juga mudah terpengaruh dengan ajakan daripada kawan-kawan seusia mereka.Pengaruh rakan sebaya juga banyak memainkan peranan dalam mempengaruhi perilaku remaja tersebut.Kebanyakan mereka mudah terikut-ikut deangan apa yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka tanpa memikirkan apa risiko yang bakal mereka dapat. Perkara yang mungkin mereka lakukan ialah merokok, menagih dadah, dan merempit.Oleh sebab itu jika remaja tersebut silap memilih rakan ianya akan mendatangkan padah kepada remaja tersebut kerana sering mengikut telunjuk rakan mereka.Faktor ini memainkan peranan yang penting kepada berlakunya kegiatan merempit.



Faktor yang terakhir menyebabkan gejala ini berlaku ialah ganjaran.kebanyakan mat rempit masih lagi bersekolah dan tidak bekerja.Apabila wujud ganjaran mereka akan berusaha mendapatkan ganjaran tersebut.Pelbagai cara untuk mendapatkan hadiah tersebut seperti mengubahsuai motosikal mereka dengan menukarkan alat-alat dalam jentera mereka.Ada juga mereka sanggup mencuri motosikal orang lain semata-mata untuk memenuhi keinginan mereka.Ganjaran dalam sebuah perlumbaan ialah mendapat barangan ganti,wang,dan gadis bohsia.Apabila wujud ganjaran remaja mudah atau berkeinginan untuk mendapatkan walaupun perbuatan mereka lakukan adalah salah di sisi undang-undang.

Gejala merempit dalam kalangan remaja ini perlu di atasi dengan peranan dan tanggungjawab ibu bapa.Tanggungjawab ibu bapa adalah penting untuk mengatasi hal ini berlaku kerana ibu bapa adalah orang paling rapat dengan anak mereka.Ibu bapa seharusnya menyedari bahawa kasih sayang dan perhatian yang secukupnya perlu di berikan kepada anak-anak mereka.Contohnya berbincang masalah dengan anak mereka,meluangkan masa bersama dan mengambil tahu dengan siapa anak mereka keluar dan berkawan.Dengan hal yang demikian mereka akan merasai diri mereka dikasihi dan di hargai oleh ibu bapa.Ibu bapa juga perlu sentiasa menanyakan masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut bersama dengan anak mereka.

Penguatkuasaan undang-undang dengan lebih efektif juga dapat mengatasi gejala merempit dalam kalangan remaja.Penguatkuasaan undang-undang yang tegas seperti mengenakan saman atau denda kepada remaja yang melakukan kesalahan di jalan raya contohnya tidak mempunyai lesen memandu dan mengenakan kompaun dari RM300 kepada RM1000 agar mereka takut dengan tindakan tersebut.Hal ini demikian menyebabkan mereka akan mudah di bebani oleh kompaun tersebut kerana mereka masih bersekolah dan tidak mampu membayar denda tersebut.selain itu juga menaikkan umur pengambilan lesen memandu daripada umur 16 tahun kepada 18 tahun.Jika mereka ingin menunggang motorsikal di jalan raya mereka tidak berani kerana masih belum mencapai umur yang di tetapkan.pengutkuasaan undang-undang ini mampu mengurangkan gejala rempit ini.

Kesimpulannya,semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar gejala ini dapat di atasi.Pihak swasta juga di harapkan dapat membantu kerajaan dan sama-sama mencari jalan penyelesaian membendung gejala ini agar tidak terus menular dalam kalangan remaja.Kita seharusnya mendekati mereka agar mereka merasakan diri mereka di hargai dan tidak tersisih daripada masyarakat.